Tuesday, December 6, 2011

gAyA ReMaJa

Anak Remaja selalu mencari dunianya sendiri. Pada masa orang tua berada dalam serba kesusahan , para remaja masih mampu menghadirkan keceriaan dalam gaya hidup mereka. Susah untuk mencari anak-anak remaja dengan wajah kusut ataupun mundar-mandir berjalan lemah tidak tentu arah. Dunia anak remaja adalah sebuah dunia yang dirasakan sangat susah untuk dimasuki, difahami atau dimengerti oleh orang-orang tua. Cerita cinta, mimpi, cita-cita dan imaginasi anak-anak remaja adalah bagaikan sebuah alam baru yang boleh menimbulkan pelbagai-pelbagai masalah yang kecil pada awalnya tetapi menjadi besar dan sukar dibendung . Realitinya, terpancar pada gaya hidup atau ”life style”. Lihat sahaja pada fesyen pakaian yang digemari oleh anak-anak remaja. Kadang-kadang, boleh menimbulkan pening kepala dan jantung emak bapa mereka.



Fesyen penampilan kanak-kanak lebih menarik


Fesyen remaja terkini lebih diminati

Anak-anak remaja kebanyakannya menggemari fesyen pakaian yang menonjolkan sifat-sifat peribadi atau jiwa mereka yang "up to date" dan tidak ketinggalan zaman. Lantaran itu, kadang-kadang timbul konflik atau pertentangan dengan orang-orang tua terutamanya ibu dan bapa mereka. Keadaan ini akan menjadi parah apabila jalan penyelesaian tidak dicari. Ada ibu bapa yang lebih "under standing" mengambil jalan tengah agar penampilan anak-anak mereka tidak keterlaluan.



Suka saya memetik beberapa baris ayat dari Revolusi Fesyen Seorang Dara

Menyelami zaman remaja, kata-kata ibu kita tolak sekeras-kerasnya. Jiwa remaja yang gemar memberontak inginkan kelainan dalam penampilan diri. Tidak lagi memandang kebaya ibu sebagai inspirasi fesyen, anak remaja memandang gah solekan celak yang tebal, pakaian serba hitam dan kasut Converse atau selipar santai. Anak remaja mahukan kelainan, sesuatu yang melambangkan identiti dan personaliti. Bermulalah eksperimen dengan menukar gaya, warna rambut dan berjinak-jinak dengan celak. Gaya punk dan gothic menjadi ikutan. Kesihatan diri juga di peringkat membimbangkan, di mana remaja bersaing menguruskan badan untuk kelihatan seiras dengan idola kesayangan. Makanan segera mengalas perut sementara masa lain perut dipaksa menahan lapar untuk kekal sekurus yang boleh.



KLIK AJE KAT SINI

Imej Punk yang menjadi penyakit dalam masyarakat

Petikan daripada Wilkipedia

“Budaya punk adalah sub-budaya yang berkembang daripada muzik rock punk. Pemberontakan dan “anti-establishment” berkait rapat dengan budaya ini, yang bermula di New York, London dan kemudiannya tersebar dan menjadi popular pada tahun 1977 di kalangan remaja. Pengaruh punk telah tersebar ke seluruh dunia sejak itu dan berkembang menjadi beberapa sub-budaya lain seperti hardcore punk, Oi!, psychobilly, goth, emo, pop punk dan sebagainya.


”Budaya ini pada awalnya berunsurkan politik berhaluan kiri dan anarki. Kebanyakannya diikuti oleh belia kelas bawah (terutamanya punk di London). Kemudian ianya berkembang menjadi budaya yang didefinisikan melalui fesyen, muzik, seni, media dan kelakuannya tersendiri, yang selalunya mengejutkan, gelap dan berunsur pemberontakan.”

Tuesday, November 29, 2011

LIFE STYLE-GAYA HIDUP

SIAPA yang tidak terganggu memikirkan usia semakin meningkat. Selain bentuk fizikal, kudrat juga semakin terhad. Cuba fikir sejenak, mahukah kita menjadi seorang tua yang lemah, tidak berdaya, cerewet, pelupa, rabun, tidak sihat dan lebih selesa bersendirian tatkala anak cucu datang menjenguk atau menjadi warga tua yang cergas, aktif, sihat dan gembira menempuh saat persaraan.

Pada masa sekarang, kesihatan amatlah penting kepada manusia tanpa mengira peringkat usia. Kesihatan warga tua juga perlu untuk dititik-beratkan. Namun begitu, tiada web portal yang lengkap bagi menolong warga tua ini untuk mengetahui cara-cara hidup sihat yang sepatutnya diamalkan oleh mereka dalam kehidupan seharian. Dengan adanya portal ini, warga tua boleh mengetahui cara menjalani hidup yang sihat seperti penjadualan harian yang perlu dilakukan, dapat membentuk komuniti yang aktif dan berinformasi, cara pemakanan yang sewajarnya diambil dan sebagainya.

Warga tua perlu terus amal gaya hidup sihat!!!

Presiden Majlis Kebangsaan Persatuan Warga Kanan Malaysia (NACSCOM),Datuk Lum Kin Tuck kelihatan bertenaga walaupun kini mencecah usia 95 tahun. Beliau menjadi contoh rakyat di negara ini untuk menjalani gaya hidup sihat.


“Pemakanan menentukan tahap kesihatan individu. Oleh itu, saya sentiasa mengamalkan gaya pemakanan sihat bertepatan dengan usia." “Setiap hari, saya memulakan dengan sarapan seperti telur, susu panas dan sedikit roti gandum. Semua itu akan diambil dalam kuantiti sedikit tetapi mengenyangkan." ” Menurutnya, semua peringkat usia tidak kira tua atau muda, kanak-kanak atau dewasa perlu menitikberatkan pengambilan sarapan bagi memastikan badan sentiasa bertenaga.
Gaya hidup atau "life style" warga tua (lazim dipanggil warga emas) amat mempengaruhi kesihatan mereka. Perkara ini amat perlu disedarkan kepada mereka terutamanya kepada anak-anak atau penjaga mereka. Langkah memberi kesedaran ini perlu dilaksanakan secara serius dan berkesan.
ABAD KE 21 telah membawa pembangunan yang pesat bukan sahaja kepada negara-negara Barat, bahkan kepada Malaysia. Masyarakat Malaysia kini menjalani penghidupan serba moden dengan gaya hidup yang jauh berubah dengan penggunaan peralatan dan perkakas yang canggih dan berteknologi tinggi.


Cheap Cell phone Accessories