Tuesday, December 6, 2011

gAyA ReMaJa

Anak Remaja selalu mencari dunianya sendiri. Pada masa orang tua berada dalam serba kesusahan , para remaja masih mampu menghadirkan keceriaan dalam gaya hidup mereka. Susah untuk mencari anak-anak remaja dengan wajah kusut ataupun mundar-mandir berjalan lemah tidak tentu arah. Dunia anak remaja adalah sebuah dunia yang dirasakan sangat susah untuk dimasuki, difahami atau dimengerti oleh orang-orang tua. Cerita cinta, mimpi, cita-cita dan imaginasi anak-anak remaja adalah bagaikan sebuah alam baru yang boleh menimbulkan pelbagai-pelbagai masalah yang kecil pada awalnya tetapi menjadi besar dan sukar dibendung . Realitinya, terpancar pada gaya hidup atau ”life style”. Lihat sahaja pada fesyen pakaian yang digemari oleh anak-anak remaja. Kadang-kadang, boleh menimbulkan pening kepala dan jantung emak bapa mereka.



Fesyen penampilan kanak-kanak lebih menarik


Fesyen remaja terkini lebih diminati

Anak-anak remaja kebanyakannya menggemari fesyen pakaian yang menonjolkan sifat-sifat peribadi atau jiwa mereka yang "up to date" dan tidak ketinggalan zaman. Lantaran itu, kadang-kadang timbul konflik atau pertentangan dengan orang-orang tua terutamanya ibu dan bapa mereka. Keadaan ini akan menjadi parah apabila jalan penyelesaian tidak dicari. Ada ibu bapa yang lebih "under standing" mengambil jalan tengah agar penampilan anak-anak mereka tidak keterlaluan.



Suka saya memetik beberapa baris ayat dari Revolusi Fesyen Seorang Dara

Menyelami zaman remaja, kata-kata ibu kita tolak sekeras-kerasnya. Jiwa remaja yang gemar memberontak inginkan kelainan dalam penampilan diri. Tidak lagi memandang kebaya ibu sebagai inspirasi fesyen, anak remaja memandang gah solekan celak yang tebal, pakaian serba hitam dan kasut Converse atau selipar santai. Anak remaja mahukan kelainan, sesuatu yang melambangkan identiti dan personaliti. Bermulalah eksperimen dengan menukar gaya, warna rambut dan berjinak-jinak dengan celak. Gaya punk dan gothic menjadi ikutan. Kesihatan diri juga di peringkat membimbangkan, di mana remaja bersaing menguruskan badan untuk kelihatan seiras dengan idola kesayangan. Makanan segera mengalas perut sementara masa lain perut dipaksa menahan lapar untuk kekal sekurus yang boleh.



KLIK AJE KAT SINI

Imej Punk yang menjadi penyakit dalam masyarakat

Petikan daripada Wilkipedia

“Budaya punk adalah sub-budaya yang berkembang daripada muzik rock punk. Pemberontakan dan “anti-establishment” berkait rapat dengan budaya ini, yang bermula di New York, London dan kemudiannya tersebar dan menjadi popular pada tahun 1977 di kalangan remaja. Pengaruh punk telah tersebar ke seluruh dunia sejak itu dan berkembang menjadi beberapa sub-budaya lain seperti hardcore punk, Oi!, psychobilly, goth, emo, pop punk dan sebagainya.


”Budaya ini pada awalnya berunsurkan politik berhaluan kiri dan anarki. Kebanyakannya diikuti oleh belia kelas bawah (terutamanya punk di London). Kemudian ianya berkembang menjadi budaya yang didefinisikan melalui fesyen, muzik, seni, media dan kelakuannya tersendiri, yang selalunya mengejutkan, gelap dan berunsur pemberontakan.”